Semalam puteri bersembang ngan someone. Puteri gitau yang puteri
terasa nak makan donut..hehehe. Tapi sayangnya semalam tak sempat nak buat.
Memandangkan puteri tengah terover rajin ni, puteri pun masuk dapur dan buat
donut ciptaan sendiri menggunakan keledek.
Puteri dah lama tak share resipi kat sini kan. Jadi untuk petang
ni, puteri share resipi ‘Kuih Keria’
BAHAN-BAHAN:
500g keledek
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1 cawan gula
minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
1) Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.
2) Rebuskan keledek sehingga lembut. Jangan lupa tambahkan garam.
3) Tuskan air dan lumatkan keledek.
4) Gaul dengan tepung dan uli menjadi gelang kecil.
5) Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan minyak
6) Masukkan gula dalam kuali dan masak hingga pekat.
7) Tutup api dan masukkan semula kuih tadi.
8 Kacau rata hingga gula melekat pada kuih.
No comments:
Post a Comment